Thursday, February 27, 2020

GOTONG-ROYONG BULANAN EKSA FEBRUARI 2020


Satu gotong-royong bulanan EKSA diadakan pada 27.02.2020 dan disertakan dengan Pertandingan Foto bertemakan gotong-royong di kalangan warga JPN Perlis. Diharap gotong-royong ini dapat memberi impak positif kepada imej jabatan.

Tuesday, January 28, 2020

GOTONG-ROYONG PERDANA BIL.1/2020



Satu Gotong-Royong Perdana akan diadakan pada 30 Januari 2020 jam 9 pagi dan bertempat di sekitar JPN Perlis. Semua pegawai dan kakitangan diminta untuk melaksanakan gotong-royong ini sebaik mungkin. Semua diminta berpakaian sukan (T-shirt EKSA hijau) untuk keseragaman dan keselesaan semasa melaksanakan gotong-royong ini. Sekian terima kasih.

Thursday, January 24, 2019

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN EKSA JABATAN PENDAFTARAN NEGARA


Garis Panduan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif SektorAwam (EKSA) Jabatan Pendaftaran Negara adalah berfungsi sebagai bahan rujukan dan panduan semua warga JPN bagi melaksanakan EKSA di pejabat masing-masing.

Garis Panduan ini dapat membantu semua ahli memahami konsep dan cara pelaksanaan EKSA supaya mencapai tujuan.


Semua ahli zon boleh muat turun Garis Panduan ini dengan menekan gambar di atas. Garis Panduan ini adalah dalam format PDF.

Wednesday, January 23, 2019

SELAMAT DATANG KE SUDUT MAYA EKSA JPN PERLIS




Selamat datang ke Sudut Maya EKSA JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI PERLIS.

Sudut Maya EKSA ini diwujudkan bertujuan mewujudkan satu ruang khas bagi maklumat dan informasi berkaitan EKSA.

Antara maklumat utama di dalam Sudut Maya EKSA ialah Polisi, Objektif, Logo, Carta Organisasi, Carta Perbatuan dan Aktiviti-Aktiviti berkaitan EKSA.

Selain itu, sebarang pengumuman dan info terkini berkaitan EKSA juga turut akan dipaparkan di sini.

Selain itu, kelebihan Sudut EKSA secara maya ialah kerana ia boleh diakses dari mana-mana tempat dan pelbagai peranti. Ahli zon EKSA JPN Negeri Perlis dapat mengakses sudut EKSA sama ada di pejabat atau rumah menggunakan komputer pejabat atau telefon pintar masing-masing.

Sebarang perkongsian maklumat, pengumuman, berita aktiviti dan info terkini dapat diakses dengan lebih mudah dan menarik kepada semua ahli EKSA.