JAWATANKUASA INDUK



CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK TAHUN 2019

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK TAHUN 2020



Diatas merupakan Carta Organisasi Jawatankuasa Induk EKSA JPN Perlis yang terdiri daripada 8 kakitangan JPN Perlis juga sebagai tunggak utama penggerak EKSA di JPN Perlis. Semuanya mempunyai peranan masing-masing. Antara peranan/tanggungjawab adalah :


1.     Peranan Penyelaras/Timbalan Penyelaras Jawatankuasa Induk

a)     Menentukan hala tuju keseluruhan pelaksanaan EKSA.
b)     Membentuk pelan tindakan pelaksanaan EKSA.
c)      Menetapkan dasar, peraturan serta garis panduan.
d)     Menentukan belanjawan serta sumber-sumber kewangan.
e)     Menentukan dan melantik penyelaras, ketua jawatankuasa kecil dan fasilitator.
f)       Memantau kemajuan pelaksanaan EKSA melalui contoh amalan terbaik.
g)     Mengawasi dan menilai kemajuan pelaksanaan dengan bantuan jawatankuasa kecil (Latihan, Promosi, Audit Dalam).
h)     Menetapkan sistem pengiktirafan/penghargaan.


2.     Peranan Fasilitator

a)     Menyelaraskan dan memantau aktiviti kumpulan.
b)     Menjadi perantara untuk menyampaikan maklumat terkini antara pihak pengurusan dengan kumpulan.
c)      Menentukan pembahagian zon.
d)     Memastikan semua kumpulan mematuhi peraturan dan panduan yang disediakan.
e)     Memberikan latihan dan panduan kepada ketua dan ahli kumpulan.

3.     Peranan Jawatankuasa Audit

a)     Menyediakan kriteria audit dalaman EKSA.
b)     Menentukan kekerapan aktiviti audit dalaman EKSA.
c)      Menyediakan laporan dan analisis keputusan audit dalaman EKSA.
d)     Menyemak kriteria audit dalaman EKSA dari semasa ke semasa mengikut keperluan

4.     Peranan Jawatankuasa Promosi

a)     Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti promosi EKSA.
b)     Mengenalpasti aktiviti/kempen promosi bagi memupuk kesedaran penyertaan bagi menjayakan pelaksanaan EKSA.
c)      Mengenalpasti keberkesanan aktiviti promosi yang telah dilaksanakan.
d)     Melaporkan status pelaksanaan aktiviti dan tahap kesedaran EKSA di kalangan warga.


5.     Peranan Jawatankuasa Latihan

a)     Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti latihan bagi memupuk EKSA kepada semua warga kerja.
b)     Mengenalpasti jenis latihan yang diperlukan dari masa ke semasa bagi mengukuhkan aktiviti EKSA.
c)      Menyelaras dan memastikan setiap warga kerja diberikan latihan EKSA secukupnya.

6.     Peranan Ketua Zon

a)     Mengadakan mesyuarat secara berkala dengan ahli-ahli kumpulan.
b)     Menggalakkan penglibatan semua ahli dalam pelaksanaan EKSA.
c)      Merancang aktiviti kumpulan
d)     Memberikan maklum balas mengenai status pelaksanaan EKSA kepada fasilitator.
e)     Membantu menberikan panduan dan tunjuk ajar.

7.     Peranan Ahli-ahli Kumpulan

a)     Memberikan komitmen secara berterusan.
b)     Menyertai aktiviti EKSA secara aktif.
c)      Bekerjasama dalam kumpulan.
d)     Menghadiri mesyuarat dan menyumbangkan idea bagi menjayakan pelaksanaan EKSA.

No comments:

Post a Comment