Wednesday, January 23, 2019

SELAMAT DATANG KE SUDUT MAYA EKSA JPN PERLIS




Selamat datang ke Sudut Maya EKSA JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI PERLIS.

Sudut Maya EKSA ini diwujudkan bertujuan mewujudkan satu ruang khas bagi maklumat dan informasi berkaitan EKSA.

Antara maklumat utama di dalam Sudut Maya EKSA ialah Polisi, Objektif, Logo, Carta Organisasi, Carta Perbatuan dan Aktiviti-Aktiviti berkaitan EKSA.

Selain itu, sebarang pengumuman dan info terkini berkaitan EKSA juga turut akan dipaparkan di sini.

Selain itu, kelebihan Sudut EKSA secara maya ialah kerana ia boleh diakses dari mana-mana tempat dan pelbagai peranti. Ahli zon EKSA JPN Negeri Perlis dapat mengakses sudut EKSA sama ada di pejabat atau rumah menggunakan komputer pejabat atau telefon pintar masing-masing.

Sebarang perkongsian maklumat, pengumuman, berita aktiviti dan info terkini dapat diakses dengan lebih mudah dan menarik kepada semua ahli EKSA.

No comments:

Post a Comment