GOTONG-ROYONG DAN HARI EKSA TAHUN 2019


GOTONG-ROYONG TAHUN 2019

1. GOTONG-ROYONG MEGA (8 JANUARI 2019)

Aktiviti gotong royong mega di JPN Negeri Perlis telah diadakan dengan jayanya pada 08 Januari 2019 dengan kerjasama semua ahli pelaksana yang telah dilantik. Aktiviti ini diadakan bagi tujuan membersihkan ruang pejabat agar lebih kemas dan selesa. Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang di dalam carta perbatuan Eksa. Satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh En. Mohd Faizal, selaku pengerusi Program ini. Dalam taklimat tersebut, beliau telah menerangkan tujuan program dan berharap agar amalan ini dapat diteruskan sepanjang tahun. Gotong-royong dimulakan pada jam 9.15 pagi dan tamat pada jam 1.00 tengahari.






2. GOTONG-ROYONG PERDANA & PERTANDINGAN SWAFOTO (12 APRIL 2019)



Gotong-Royong Perdana telah diadakan pada 12 April 2019 (Jumaat) bermula jam 9.00 pagi. Bagi memeriahkan lagi aktiviti gotong-royong ini, JK Promosi bersepakat untuk mengadakan sekali dengan pertandingan swafoto gotong-royong. Aktiviti ini diadakan bagi tujuan membersihkan ruang pejabat agar lebih kemas, selesa dan sekaligus menarik minat kakitangan untuk berswafoto berlatar belakang aktiviti gotong-royong.

Aktiviti gotong-royong ini adalah salah satu aktiviti yang menyumbang kepada amalan EKSA. Semoga dengan adanya aktiviti ini sedikit sebanyak dapat mengekalkan disiplin kakitangan dalam menjaga kebersihan disamping dapat memupuk semangat kerjasama dikalangan kakitangan JPN Negeri Perlis.

Gambar-gambar gotong-royong perdana










Gambar-gambar pertandingan swafoto 

(PM pon senyum tengok kelaku... Maafkan saya Tun.. Saya tengah buat EKSA ni...)


(Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul #EKSA2019)


("Habaq mai tang mana nak p, Kak yong siapsiaga dah ni")


(Sapu Padi)


(Apa yang penting.....KERJASAMA!!!!)


("Lagu mana pun takpa, janji buat kerja. SYMP!")


3. GOTONG-ROYONG BULANAN & HARI EKSA (26 JUN 2019)

Aktiviti gotong-royong bagi bulan Jun ini telah diadakan dengan jayanya pada 26 Jun 2019 seperti  yang dirancang didalam carta perbatuan JK Promosi EKSA. Diharap aktiviti ini dapat diteruskan  berikutan banyak impak positif yang diperolehi. Antaranya adalah ruang pejabat sentiasa kemas dan bersih, tiada lambakan sampah dan sebagainya. Semoga dengan adanya aktiviti ini sedikit sebanyak dapat mengekalkan disiplin kakitangan dalam menjaga kebersihan disamping dapat memupuk semangat kerjasama dikalangan kakitangan JPN Perlis.






4. GOTONG-ROYONG BULANAN & HARI EKSA (24 JULAI 2019)

Gotong-royong bulanan pada kali ini telah diadakan dengan jayanya pada 24 Julai 2019. Aktiviti ini sambungan daripada siri gotong-royong yang telah dirancang mengikut carta perbatuan oleh JK Promosi. Tujuan aktiviti ini adalah sama seperti gotong-royong yang telah diadakan sebelum ini iaitu bagi membersihkan ruang kerja bagi memastikan ianya sentiasa bersih, kemas dan selesa. Sekaligus dapat menjamin keselesaan para pekerja dan pelanggan yang datang. 

Seperti biasa, pengerusi JK Promosi En. Mohd Faizal Bin Mohd Zahir telah menyampaikan taklimat ringkas sebelum gotong-royong dimulakan. Ucapan terima kasih diberikan kepada semua kakitangan yang hadir bagi menyokong aktiviti anjuran JK Promosi ini.

Semua yang terlibat telah diagihkan kepada beberapa kumpulan mengikut kawasan telah dibuat bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan. Kumpulan yang telah diarahkan utuk membersihkan tempat/bilik yang mempunyai PIC akan diketuai oleh PIC itu sendiri. Manakala tempat-tempat yang tidak mempunyai PIC, ketua kumpulan telah dilantik.

Semua kumpulan mula mengambil tempat dan membersihkan tempat masing-masing bermula pada jam 9.15 pagi dan aktiviti gotong-royong ini tamat pada jam 2.00 petang. 







5. GOTONG-ROYONG BULANAN & HARI EKSA (28 OGOS 2019)

Pada 28 Ogos 2019, gotong-royong bulanan bagi bulan Ogos  2019 telah diadakan dengan jayanya. Aktiviti ini bertujuan untuk membersihkan ruang kerja selaras dengan objektif EKSA. Hanya segelintir kakitangan yang terlibat di dalam gotong-royong pada kali ini berdasarkan jadual yang telah ditetapkan.

Seperti biasa, taklimat ringkas telah disampaikan oleh pengerusi iaitu En  Mohd Faizal Bin Mohd Zahir, pengerusi JK Promosi sebelum gotong-royong dimulakan. Dalam taklimat tersebut, beliau berterima kasih kepada kakitangan yang hadir di atas komitmen yang telah diberikan bagi menjayakan aktiviti tersebut.

Semua yang terlibat telah diagihkan kepada beberapa kumpulan mengikut kawasan telah dibuat bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan. Kumpulan yang telah diarahkan utuk membersihkan tempat/bilik yang mempunyai PIC akan diketuai oleh PIC itu sendiri. Manakala tempat-tempat yang tidak mempunyai PIC, ketua kumpulan telah dilantik.

Semua kumpulan mula mengambil tempat dan membersihkan tempat masing-masing bermula pada jam 9.15 pagi dan aktiviti gotong-royong ini tamat pada jam 2.00 petang.









6. GOTONG-ROYONG BULANAN & HARI EKSA (25 SEPTEMBER 2019)

Aktiviti gotong-royong bagi bulan Jun ini telah diadakan dengan jayanya pada 25 September 2019 seperti yang telah dirancang di dalam carta perbatuan JK Promosi EKSA. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membersihkan ruang kerja bagi memastikan ruang kerja sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan selamat. Hal ini amat penting bagi memastikan keselesaan para pekerja dan pelanggan. Kakitangan yang  terlibat di dalam gotong-royong bulanan adalah mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Sebelum gotong-royong ini dimulakan, satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh En. Mohd Faizal Bin Mohd Zahir, selaku pengerusi program ini. Dalam taklimat tersebut, beliau telah menerangkan tujuan program dan berharap agar amalan ini dapat diteruskan sepanjang tahun. Beliau berterima kasih kepada semua yang terlibat dan berharap agar aktiviti ini menjadi amalan di JPN Negeri Perlis ini. Pada hari ini, semua kakitangan digalakkan untuk memakai baju T-shirt berwarna hijau.

Semua kumpulan mula mengambil tempat dan membersihkan tempat masing-masing bermula pada jam 9.15 pagi dan aktiviti gotong-royong ini tamat pada jam 2.00 petang. 





7. GOTONG-ROYONG BULANAN & HARI EKSA (23 OKTOBER 2019)

Gotong-royong bulanan pada kali ini telah diadakan dengan jayanya pada 23 Oktober 2019. Aktiviti ini sambungan daripada siri gotong-royong yang telah dirancang mengikut carta perbatuan oleh JK Promosi. Tujuan aktiviti ini adalah sama seperti gotong-royong yang telah diadakan sebelum ini iaitu bagi membersihkan ruang kerja bagi memastikan ianya sentiasa bersih, kemas dan selesa. Sekaligus dapat menjamin keselesaan para pekerja dan pelanggan yang datang.

Seperti biasa, pengerusi JK Promosi En. Mohd Faizal Bin Mohd Zahir telah menyampaikan taklimat ringkas sebelum gotong-royong dimulakan. Ucapan terima kasih diberikan kepada semua kakitangan yang hadir bagi menyokong aktiviti anjuran JK Promosi ini.

Semua yang terlibat telah diagihkan kepada beberapa kumpulan mengikut kawasan telah dibuat bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan. Kumpulan yang telah diarahkan utuk membersihkan tempat/bilik yang mempunyai PIC akan diketuai oleh PIC itu sendiri. Manakala tempat-tempat yang tidak mempunyai PIC, ketua kumpulan telah dilantik.

Semua kumpulan mula mengambil tempat dan membersihkan tempat masing-masing bermula pada jam 9.15 pagi dan aktiviti gotong-royong ini tamat pada jam 2.00 petang. 










7. GOTONG-ROYONG BULANAN & HARI EKSA (20 NOVEMBER 2019) 

Aktiviti gotong-royong bagi bulan November ini telah diadakan dengan jayanya pada 20 November 2019 seperti yang telah dirancang di dalam carta perbatuan JK Promosi EKSA. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membersihkan ruang kerja bagi memastikan ruang kerja sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan selamat. Hal ini amat penting bagi memastikan keselesaan para pekerja dan pelanggan. Kakitangan yang  terlibat di dalam gotong-royong bulanan adalah mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Sebelum gotong-royong ini dimulakan, satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh En. Mohd Faizal Bin Mohd Zahir, selaku pengerusi program ini. Dalam taklimat tersebut, beliau telah menerangkan tujuan program dan berharap agar amalan ini dapat diteruskan sepanjang tahun. Beliau berterima kasih kepada semua yang terlibat dan berharap agar aktiviti ini menjadi amalan di JPN Negeri Perlis ini. Pada hari ini, semua kakitangan digalakkan untuk memakai baju T-shirt EKSA berwarna hijau.

Pengagihan kakitangan kepada beberapa kumpulan mengikut kawasan telah dibuat bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan. Kumpulan yang telah diarahkan utuk membersihkan tempat/bilik yang mempunyai PIC akan diketuai oleh PIC itu sendiri. Manakala tempat-tempat yang tidak mempunyai PIC, ketua kumpulan telah dilantik.

Semua kumpulan mula mengambil tempat dan membersihkan tempat masing-masing bermula pada jam 9.15 pagi dan aktiviti gotong-royong ini tamat pada jam 2.00 petang. 






No comments:

Post a Comment